Thursday, September 14, 2017

Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah Terbakar, Lebih 20 Orang Terkorban


Khamis, 14 September 2017 dipercayai pada jam 5.10 pagi telah berlakunya kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Di anggarakan dua orang ustaz dan 23 pelajar tahfiz meninggal dalam kebakaran tersebut. Di fahamkan kesemua mayat masih berada di dalam rumah menunggu unit forensit tiba. Bomba, ambulans dan petugas bantuan telah berada di lokasi trajedi.

Kira-kira 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga lagi kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

"Pukul 5 pagi mendengar anak-anak kecil menjerit "tolong tolong" akak nampak mereka tangan ditingkap" - saksi

"Saya tidak dapat bantu, laungan terus senyap selepas 20 minit" - saksi

Berikut adalah gambaran di tempat kejadian.






Allahuakbar. Al- Fatihah. Innallillahiwainnalaihirajiun


No comments:

Copyright © Syazwan Rahman Designed by azhafizah.com